Tuesday, January 5, 2010

Siapa kau nak Kata Aku Ahli Neraka???

Tahukah korang bahawa niat aku hanya berkongsi? Aku bukan seorang alim ulama’ dan bukannya seorang yang perfect untuk menulis tentang isu-isu agama, namun aku mempunyai niat yang baik untuk menyebarkan apa yang aku rasa perlu terutamanya perkara yang bekaitan agama. Alhamdulillah sehingga kini tiada lagi yang mengata aku ni golongan ahli neraka. Siapa kau nak kata aku ahli neraka? Jom baca….

Al-kisah, pada suatu hari Umar r.a mendapatkan Rasulullah SAW sambil menangis,
Rasulullah SAW: Wahai Umar, apakah yang membuat engkau sehingga menangis?
Umar: Ya Rasulullah, ada seseorang di muka pintu ini yang telah membakar hatiku.
Rasulullah SAW: Ya Umar, bawalah dia masuk.

Lalu Umar membawa pemuda itu masuk sambil menangis.

Rasulullah SAW: Apakah yang telah engkau lakukan sehingga engkau menangis?
Pemuda: Wahai Rasulullah, aku telah melakukan dosa yang besar! Aku sangat takut kepada ALLAH SWT yang sangat murka kepadaku.
Rasulullah SAW: Apakah kamu telah mempersekutukan Allah?
Pemuda: Tidak, ya Rasulullah.
Rasulullah SAW: Apakah kamu telah membunuh jiwa yang kamu tiada hak untuk membunuhnya?
Pemuda: Tidak, ya Rasulullah.
Rasulullah SAW: Maka Allah SWT akan mengampunkan dosa kamu walaupun sebesar tujuh petala langit dan bumi dan bukit-bukit.
Pemuda: Wahai Rasul Allah, aku telah melakukan dosa yang lebih besar dari langit, bumi dan bukit-bukitnya.
Rasulullah SAW: Apakah dosamu itu lebih besar dari Al-Kursi?
Pemuda: Dosaku lebih besar.
Rasulullah SAW: Apakah dosamu lebih besar dari Arasy?
Pemuda: Dosaku lebih besar.
Rasulullah SAW: Apakah dosa kamu lebih besar dari dimaaf oleh Allah?
Pemuda: MaafNya lebih besar.
Rasulullah SAW: Sesungguhnya tidak ada siapa yang dapat mengampunkan dosa besar kecuali Allah yang Maha Besar, yang besar keampunanNya. Katakanlah wahai pemuda, dosa apakah yang telah engkau lakukan?
Pemuda: Aku malu hendak memberitahumu, ya Rasulullah.
Rasulullah SAW: Beritahu aku apakah dosamu itu (Sedikit tegas!)
Pemuda: Begini ya Rasulullah, kerjaku adalah sebagai penggali kubur. Aku telah melakukan kerja menggali kubur selama tujuh tahun. Pada suatu hari, aku menggali kubur mayat seorang gadis dari kaum Ansar. Setelah aku menanggalkan kain kafannya, maka aku tinggalkan dia. Tidak jauh aku meninggalkannya, maka naiklah nafsuku.
Oleh kerana tidak dapat menahan nafsu, aku kembali kepada mayat tersebut lalu menyetubuhinya. Setelah aku memuaskan nafsu, maka aku tinggalkan dia. Belum jauh aku beredar dari situ, tiba-tiba mayat gadis itu bangun dan berkata, “Celaka betul kamu, wahai pemuda! Tidakkah kamu berasa malu pada Tuhan yang akan membalas pada hari pembalasan kelak! Bila tiba masanya setiap orang yang zalim akan dituntut oleh yang teraniaya! Kau biarkan aku telanjang dan kau hadapkan aku kepada Allah SWT dalam keadaan junub”.
Rasulullah SAW: Hai orang yang fasik! Memanglah layak kamu masuk neraka dan keluarlah kamu dari sini!

Maka keluarlah pemuda itu.

Selama 40 hari pemuda itu memohon ampun kepada Allah dan pada malam yang ke-44, dia memandang ke langit sambil berdoa,” Ya Allah, Tuhan kepada Rasulullah, Nabi Adam dan ibu Hawa, jika Eengkau telah mengampunkan aku, maka beritahulah Rasulullah SAW dan para sahabatnya. Jika tidak, maka kirimkan kepadaku api dari langit dan bakarlah aku di dunia ini dan selamatkan aku dari siksa akhirat.”

Tidak beberapa lama selepas peristiwa itu, turunlah Malaikat Jibrail mendapatkan Rasulullah. Selepas memberi salam:

Jibrail: Wahai Muhammad, Tuhanmu memberi salam kepadamu.
Rasulullah SAW: Ialah Assalam dan daripadaNya salam dan kepadaNya segala keselamatan.
Jibrail: Allah SWT bertanya, apakah kamu yang menjadikan makhluk?
Rasulullah SAW: Allah lah yang menjadikan segala makhluk.
Jibrail: Adakah kamu yang memberi rezeki kepada makhluk?
Rasulullah SAW: Allah lah yang memberi rezeki kepada aku dan makhluk-makhluk lain.
Jibrail: Apakah kamu memberi taubat kepada mereka?
Rasulullah SAW: Allah yang menerima taubat dariku dan mereka.
Jibrail: Allah berfirman, maafkanlah hambaKu itu kerana Aku telah mengampunkannya.

Maka segera Rasulullah SAW memanggil pemuda itu dan menerangkan kepadanya bahawa Allah telah menerima taubatnya dan mengampunkannya.


-syahirul.com-

0 comments:

Post a Comment

Thanks!!

Ya Allah, Aku mohon kepadaMu agar Kau catatkan sesiapa yang membaca blog ini, menjadi orang yang Engkau angkat kerajaannya. Engkau ampuni seluruh dosanya. Engkau buka hati yang tertutup. Engkau lembutkan hati yang keras membatu. Engkau cahayai hati yang gelap gelita. Ya Allah jadikan perkongsian ilmu ini membuatkan sisa umur kami penuh berkat. Terpelihara dari fitnah dan musibah. Amin

"Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah."