Thursday, February 10, 2011

Kerana Kau WANITA

Kau sangat cinta bila hati kau diusik tiba tiba.
Pabila sang lelaki yang katanya sampai mati ingin bersama. Agung rasanya andai lelaki buat kau rasa dunia milik kau dan dia.
Dan kala itulah gagal jua yang kau rasa. Tidak beda dosa dan pahala. Tak sanggup rasanya berpisah walau sebentar cuma.

Wanita,
Aku adalah wanita. Kau wanita. Mereka wanita.
Acap jua kita dipandang sekilas cuma. Dipakai seketika lalu dibuang lagak sampah yang kotor busuk lagi hina.
Sang lelaki yang kau kata perkasa hanyalah dayus semata.
Mulut manis namun indah itu bukanlah milik mereka. Hati yang katanya sangat mulus adapun hanya penuh dengan dusta belaka.


Wanita,
Cinta itu memang hakiki. Tak usah lagi kau persoali kerna sudah termaktub sedari dulu lagi.
Kau sering berfantasi. Mahu sehebat Mumtaz  Shah Jehan. Mahu seteguh Yusuf Zulaikha. Mahu setanding Laila Majnun.
Tapi lupa kah kau?
Shah Jehan itu raja. Yusuf itu nabi Allah. Majnun itu fantasi agaknya. ya mereka lelaki tapi wanita .... lelaki kau bukan mereka.insan lemah lagi biasa.

Wanita,
Jangan pernah mahkota itu kau biar dicapai. kelak nanti kau dibiar terkapai.
Nafsu itu harus dikata enak waima indah. sering terisi dari benih yang entah dari mana asal usulnya.
Bila sekalian nasihat kau biar seakan angin yang lalu cuma. kau mamai belayar dengan cinta yang palsu hanya.

Pesanku Wanita,
Andai satu hari tembok hati kau diroboh. andai satu masa diri kau dikotor. andai satu detik hidup kau dipunah.
Jangan pernah kau cuba mengadili sewenangnya. kau punya ibu bapa. kau punya Dia yang Maha Esa.
Tabahlah demi hidup yang lebih sempurna. Sujudlah andai arah sudah kau tidak jumpa.
Kau juga jangan pernah biar dipijak. kau mahal usai kau menjadi wanita.
Bangunlah dari lena lama. Kau tak pernah kalah. Kau jatuh untuk bangun selamanya.

Kerna kau WANITA.

sumber : Ziema

0 comments:

Post a Comment

Thanks!!

Ya Allah, Aku mohon kepadaMu agar Kau catatkan sesiapa yang membaca blog ini, menjadi orang yang Engkau angkat kerajaannya. Engkau ampuni seluruh dosanya. Engkau buka hati yang tertutup. Engkau lembutkan hati yang keras membatu. Engkau cahayai hati yang gelap gelita. Ya Allah jadikan perkongsian ilmu ini membuatkan sisa umur kami penuh berkat. Terpelihara dari fitnah dan musibah. Amin

"Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah."